CERPEN

Tuesday 11 October 2011

Bapak bayi siapa nie??


''Humairah!!''Nenek singa sudah mari!!Jadi nak tunggu apa lagi?Cabutlah selagi sempat!Nak-nak lagi masa ni.Tengah datang bulan tu,kang kalau dia mengamuk memang habis aku kena fire.Huhu..

''Jangan nak lari!!Berhenti kat situ..!!''Kak Maisarah sudah memberi amaran.Tapi kalau aku berhenti juga memang sah menempah bala lah jawapnya.Aku tak berhenti malah lari makin laju adalah!Segala pokok pisang,pokok mangga jadi tempat aku pusing keliling nak lari dari nenek singa yang tengah meroyan ni..


''Ira..Akak cakap berhenti sekarang!!''Kak Mai sudah tercunggap-cunggap.Aku toleh belakang tengok kak Mai dah berhenti sambil berpaut pada dahan pokok mangga.Dah penat kot nak kejar aku.Fuh!Kita rehat kejap,penat sangat main kejar-kejar dengan kakak aku yang sorang ni..

''Kau ni kalau sehari tak ganggu hidup aku tak sah kan!!''Aik..Tengah semput dengan nafas yang putus-putus pun masih ada hati lagi nak teriak segala.Aku toleh kiri kanan.Fuh!Selamat..Kang nampak dek abah confirm kitorang kena rembat punya.Abah tu boleh tahan juga orangnya.

''Kita tak buat apa-apa pun..''Kononnya.Aku masih cuba menegakkan benang yang basah.Heh.he..

''Pulangkan..!!''Aik,ingat ini citer pasal 'Pontianak Harum Sundal malam' ke?Ini kalau orang dengar time petang-petang macam ni,lagi-lagi dekat dengan area pokok pisang mahu tak pengsan orang tu kalau imannya tak kuat!

''Pulangkan,pulangkan..Nak pulangkan apa benda??''Sudah gaharu cendana pulak.Hehehe..

''Kura-kura dalam perahu pulak!Pulangkanlah..Ingat akak tak nampak ke tadi tu!''Kak Mai mulai berang..

''Bila masa..''Dia nampak rupanya..Cis!Baru nak buat jahat sikit.

''Habis tu kalau bukan kamu siapa?Takkan Ibu?Abah?Tak pun hantu raya kamu kot!!''Aduhh!!Masak aku macam ni.

''Adakah ke?Tapi seingat Ira tak ada pun Ira bela-bela hantu raya ni..Abah pun tak ada..Lagipun raya dah lepaslah kak..''Kak Mai tambah berang lepas aku jawap macam tu.Tak boleh buat mainlah nenek singa sorang ni!

''Loyar buruk kamu yaa..Jangan sampai akak report kat abah apa yang Ira buat minggu lepas pulak..Tengok masa tu  apa pulak kamu nak jawap dengan abah!!''Aik!Dah pandai mengugut pulak.Itu kan kepakaran aku.Alah benda dah lepas,aku tak takut dah kalau kak Mai nak report dengan abah!Aku bukan pergi buat jahat pun.Setakat belasah budak Harun tu bukannya kesalahan besar!

''Nak report kat abah yaa?Report laa..Kita tak takut pun!Tapi kak,agak-agak apa reaksi abah lepas baca ni..''Aku angkat tinggi diari pink yang sejak tadi aku sembunyikan dalam baju.Niat di hati baru nak baca sikit.Hehehe..

''Betullah kerja kamu!!Bak sini,aku karate kang budak ni..''Alamak!Ingatkan acara lari-lari tadi sudah tamat.Aku buka langkah seribu lagi.Tak sangka betul!Laju juga kak Mai ni lari.

''Iraaa..!!''Kak Mai dah macam histeria dah aku tengok.Kasihan nenek singa ni..Tu laa,kurang bersenam punya pasal.Cuba tengok aku ni,stamina punyalah mantap.Mengalahkan peserta marathon pun ada!

Tak boleh jadi ni...''Ok STOP!!''Serentak dengan itu kami sama-sama berhenti.

Aku rasalah kan..agak-agak mungkin dah ada dalam setengah kilo dah lemak aku ni terbakar.Aku saja je kacau kak Mai petang-petang macam ni.Kalau aku tak kacau kang asyik-asyik layan Facabook saja kerjanya.Tak pun bergayut macam babun kat telefon tu.Naik rimas aku tengok!Bila ajak beriadah sikit,mulalah bagi alasan.Dah la kitorang jumpa pun masa kak Mai cuti semester je.Boring betul jadi dua beradik ni!

''Bawak sini!''Kak Mai marah benar nampaknya.Aku sengih tayang gigi lepas tu angkat tangan buat gaya 'peace'.Kak Mai dah jeling maut kat aku!Marah benar nampak.Hehehe..

''Nah ambiklah!Tak baik jeling-jeling kak dibuatnya betul-betul mata tu juling macam mana?Kang abang Iskandar tak padang langsung baru tahu!''Sempat lagi aku mengenakan kak Mai..

''Adoiihh!!''Dipiatnya telinga aku.Kurang asam keping betullah kakak aku ni!Asyik nak memiat telinga aku saja kerjanya.''Sakitlah!!''Mahu tak tercabut telinga aku ni dipulasnya.Ingat getah ke telinga aku ni!Kalau tambah panjang macam mana?

''Telinga ni Allah ciptakan untuk mendengar..Ira ni memang langsung tak makan saman kan!Ok sekarang dengar sini baik-baik.Lain kali tolong jangan kacau barang-barang akak key!Last warning!!Lepas ni kalau Ira masih tak dengar juga..Telinga ni..''Lagi kuat kak Mai tarik telinga aku.Sakitnya hanya aku yang rasa.Boleh putus telinga aku macam ni!

''Ok,ok!!Ira tahu laa..Lain kali Ira janji yang Ira buat lagi..''Lepas habiskan ayat,aku terus pecut seratus meter lari lintang-pukang.Kalau tak cabut lari kang putus pulak telinga aku ni betul-betul.Mesti berkurang dah duit hantaran aku nanti..Isk.sik.sik..Calon pun belum ada,ada hati pulak nak cakap pasal duit hantaran segala!Ni mesti terjangkit dengan singa betina ni!!

Nak balik takut pulak.Aku ambil keputusan lepak kat tepi sungai dulu.Biar redah dulu kemarahan kak Mai yang baru saja aku naikkan.Kang aku balik mesti kena bambu lagi dengan kak Mai.Cukup-cukuplah dulu setakat hari ni.Esok lusa ada lagi.Hehehe..

**************************************************************************

''Sunyinya..Mana pulak budak-budak ni?Petang-petang macam ni patutnya dah berkubang kat dalam sungai ni.His..!!''Aku mulai tidak sedap hati.

Dari batu kecil sampailah ke batu besar aku baling,siap punggah batu segala.Masih tak puas-puas juga!Mahu tak penuh sungai ni dengan batu kalau tiap hari aku datang angkut batu baling kat dalam sungai ni..Hehehe..

Masa aku tengah syok baling batu,tiba-tiba aku macam ada dengar suara halus.Puas aku toleh kiri kanan,langsung tiada kelibat manusia pun.Jadi aku abaikan!Kot-kotlah cuma perasaan aku saja.Namun sekali lagi aku mendengar ada bunyi kocakan air..''Biar betul?Bunyi kocakan air tu..?''Arghh..stress aku macam ni!Namun..

''Eh..Apa kebendanya tu?''Aku tengok ada benda tersangkut di tebing sungai..Bertambah-tambah lagi rasa tidak sedap di hati ku..Mahu cakap sampah,macam ya juga.Isk.isk.isk..!!Siapalah orang yang tidak bertanggungjawap ni!Teruk betullah,suka sangat simpan hobi tidak berfaedah mencemarkan sumber semula jadi macam ni!Agak-agak kalau dia simpan hobi kumpul setem ke,buat kerja-kerja kitar semula ke..Kan lagi bagus.Terpelihara alam sekitar!Aku geleng kepala lagi.Tapi..Semakin aku dekat dengan benda tu,makin lain macam pulak perasaan aku ni.Alang-alang sudah ke tebing,aku tengok juga benda yang menjadi kemuskilan ku sejak tadi.Tapi masih berjarak laa.Kang kalau ada apa-apa sempat juga aku buka langkah.Bukan langkah silat tapi langkah seribu terus!!

''Makk!!''Biar betul?Mahu tak terkejutnya.Ini bukan sampah.Ini macam..macam badan manusia je..Tapi betul ke itu badan manusia?Tiba-tiba sudah terbayang di kepala otak ku sekujur tubuh kaku tidak bernyawa.Takkan ada kes pembuangan bayi pulak kat kampung aku ni?Siapalah yang sanggup membuat onar,mengalas dosa di kampung ni!!Sudahlah kes pembuangan bayi ni semakin meningkat sejak kebelakangan ini di dada akhbar dan media elektronik.Tidak terfikirkah mereka tentang dosa yang mereka tanggung?Sanggup pulak membunuh satu nyawa yang langsung tidak bersalah.Kerana perbuatan sendiri,bayi yang masih merah tanpa secalit dosa itu menjadi mangsa!Sedangkan binatang pun tahu menjaga,melindungi anaknya!

Tapi aku masih belum yakin seratus peratus dengan rumusan yang baru saja aku buat tadi.Mayat manusia ke,cuma bangkai binatang nie?Tapi kalau bangkai,takkan pakai baju pulak kan?Kedudukan 'benda' tu pulak separuh tenggelam dalam air separuh lagi kat tebing sungai yang airnya sedikit kekuningan.Mungkin pasal semalam hujan kot.Agak susah ku anggar saiz sebenarnya.Aku jadi was-was!Kang aku panggil orang kampung,polis ke,forensik ke..Tiba-tiba aku salah info macam mana?Tak ke naya tu!Kang aku panggil polis aku pulak yang kena masuk penjara!Adehhh..''Nak pergi tengok lagi dekat ke tak ni?''

Seteleh mengambil kira segala tambah,tolak,bahagi,campur dan darab.Tambah dengan campur bukan sama ke?Aduh!!Abaikan soalan yang tidak penting dulu!Dan setelah mempertimbangkan segala kemungkinannya,baik buruknya untuk mendapatkan kepastian atau kesahihan 'benda' tu..Akhirnya aku buat keputusan untuk mendekati saja benda yang aku rasa sebagai 'badan manusia'..''Tapi..betul ke tidak tindakan aku ni?Bertindak sorang-sorang tanpa meminta bantuan terlebih dahulu.Apasal laa hari ni langsung tak ada pulak orang yang nak lalu-lalang kat sungai ni!!Macam berpakat je..''Aku beristighfar dan memohon doa mintak-mintak dijauhkan dari segala musibah!Panik-panik aku pun,aku pergi juga!Peluh dah macam anak sungai dah..Asyik mengalir je dari tadi.

Dengan langkah yang lemah aku dekati.Hati aku semakin pasti.Tapi..Ini bukan bayi laa..Ini 'bapak bayi'!!Badan yang separuh tenggelam dan separuh lagi tersangkut pada akar pokok di tebing sungai aku amati.Namun sukar untuk aku melihat wajahnya kerana terlindung di sebalik rumput-rumput yang tumbuh meliar di sepanjang tebing.

''Siapalah orang yang buang 'bapak bayi' ni merata-rata!''Sempat lagi aku mencarut!Aku ketuk kepala sendiri.Nak bagi betul balik.Dah jauh betul fikiran aku nie melencong.

''Aahhh..''Sekali lagi aku terlompat 15 cm dari paras tanah tempat aku berpijak.Terkejut beruk aku dibuatnya!Hilang keayuan ku yang tak berapa ayu ni dibuatnya.Sempat lagi aku merapu!

Tapi suara tu..Macam suara orang kesakitan saja?Betul ke suara orang tu?Aku tak pasti juga.Suaranya halus sangat.Tak berapa nak dengar.Hati sudah berbelah-bagi.Tapi memang dah tak ada orang lain langsung yang aku nampak selain aku yang tengah menghadap tubuh kaku nie.Mungkinkah suara tu..

Dengan hati yang tak berapa nak cekal aku turun juga.Nasib la tebing sungai ni airnya cetek.Kalau dalam,mahu 10 kali fikir pun belum tentu aku nak terjun!Aku ni bab-bab berenang bukannya teror sangat.Pembetulan!Bukan tak teror sangat.Tapi tak pandai sangat ataupun langsung tak pandai sebenarnya.Malas nak ngaku..

Lepas turun meredah tebing sungai barulah aku nampak keadaan sebenar.''Hidup lagi ke?''Aku mendekati tubuhnya.Langsung tiada gerakan.Aku mendekatinya lagi..Pucatnya.!!Aku beristighfar lagi.Panik tahap gaban dah ni..Nak buat apa ni?Nak kendong ke?Memang tak laratlah jawapnya.''Ira..Tenang Ira..Fikir dulu nak buat apa..''Aku cuba tenangkan diri.Kalau sudah panik apa-apa pun langsung tidak menjadi.Tiada idea yang mahu keluar.Adeh..Aku garu kepala lagi.

Aku jadi was-was!''Tapi betul ke suara dia tadi tu?Macam dah mati je..Encik..encik!!Bangun cik..''Dengan teragak-agak,aku cuba juga untuk menggoncang perlahan tubuh yang kaku tu..Tak ada tindak balas langsung!Aku telan liur.''Salah dengar ke tadi tu?''Petang-petang macam ni bukan boleh pakai sangat!Kang suara tu bukan suara dia cam mana?Seramnya..Tiba-tiba aku rasa menyesal sangat!Kalau aku tak cari pasal,kalau aku tak buat hal.Tak adanya aku nak datang ke sini!



Aku cuba kuatkan semangat yang hampir sifar!Untuk mendapatkan lebih kepastian aku pegang pergelangan tangan dia..Tak ada pun!Aku pegang leher pulak..Pun tak ada!Aku lekap kepala kat dada dia.Iyalah,tadi aku check nadi macam tak ada saja.Belum sempat aku nak dengar ada ke tak ada degup jantung..

''Astaghfirullahalazim..''

''Arrgghh!!''Sikit lagi aku kena serangan sakit jantung macam ni!Mahu tak terkejut tahap gaban aku bila nampak gaya abah macam rupa nak bunuh orang saja!

''Ira??Ira buat apa ni!!''Abah yang sedang menanti jawapan,terpacak di atas tebing.Matanya sudah mencerlang garang plus terkejut!Aku yang masih terkejut turut terkaku sama tanpa sempat menjelaskan apa-apa.

''Iraa..Ira..''Belum sempat aku menghabiskan ayat.Abah potong line lagi..

''Korang buat apa ni??Tak senonoh betul korang ni!!''Abah tertempik dari tebing.Aik?Buang tebiat ke apa abah aku ni?Abah macam sudah naik berang tahap gaban saja lagaknya!!Jangan-jangan abah fikir..

''Abah..tolong Ira bah..''Giliran abah pulak yang terkejut.

''Tolong abah..Orang ni lemas!!''

****************************************************************************

''Nak buat macam mana ni bang..''Aku di tepi hanya diam saja.Tak tahu nak cakap apa.

''Biarlah budak ni rehat dulu..Kalau besok tak bangun-bangun jugak kita bawa pergi hospital..Malam-malam macam ni macam mana nak pergi Jah oiih.Kita bukan ada kereta nak bawa budak ni jalan..''Betul juga cakap abah tu..Kalau hospital tu dekat takpa juga.Kalau ada kereta,mahunya awal-awal lagi abah dah hantar 'bapak bayi' ni pergi hospital.Lagipun jiran yang paling dekat dengan rumah aku pun mahu sebatu jauhnya.Aku agak-agak saja.

''Ikut kata abang laa..Tapi Jah takutlah kalau jadi apa-apa kat budak ni bang..''Ibu melahirkan kegusarannya..

Betul juga.Memanglah tujuan kami cuma hendak membantu saja.Tapi kalau betul ada apa-apa jadi dengan mamat ni macam mana?Silap-silap hari bulan boleh kena tuduh jadi pembunuh pulak keluarga aku ni karang.Minta simpang!

Ni semua salah aku!Kalau aku tak pergi kat tepi sungai tu petang tadi,tak adalah kami kena lalui semua ni..Kalau aku tak memandai-mandai,tak adalah jadi macam ni.Suka betul cari pasal!Aku ketuk kelapa sendiri.

''Ni apasal ketuk kelapa sendiri pulak!Dah lah Ira..Tak payah nak salahkan diri kamu tu..Kalau kamu tak jumpa dia tadi mungkin dah arwah dah budak ni lemas kat sungai tu.Nak-nak lagi masa musim hujan ni..''Aku diam saja.Memang itu kebiasaan ku.Kalau sudah rasa diri tu bersalah mulalah ketuk kepala sendiri.Tahu abah cuba senangkan hati aku yang memang tak berapa nak senang ni.Tapi aku tetap juga tak senang hati..Ibu peluk bahu ku..Cuba tenangkan aku pulak.

''Ibu,abah..Tidurlah dulu.Biar Ira berjaga..Nanti kalau ada apa-apa nanti Ira kejutkan yaa..''Abah hanya menganggukkaan kepala tanda mengizinkan..

''Mai..Kamu pun temankanlah adik kamu tu..''Abah dan ibu berlalu ke bilik.Kak Mai mencebik geram.Mungkin masih marah dengan kejadian petang tadi.

''Takpa laa..,kalau akak nak tidur pergilah..Nanti kalau ada apa-apa Ira kejutkan..''Aku berkata perlahan..Takut ibu dan abah dengar..

''Amboi..Gatal betul nak duduk berdua-duaan malam-malam buta ni..''Mahu aku tak terbeliak biji mata dengar kak Mai cakap macam tu.Gila ke kakak aku nie!Kalau aku dengan orang yang sah-sah sihat tak apalah juga.Ini dengan orang yang tengah nazak nak bertarung nyawa ni pulak aku dikatakan gatal nak duduk berdua!Bongok betul.Nak cakap bongok dengan kakak sendri tak sampai hati pulak.Jadi aku kutuk dalam hati saja.

''Kalau kak Mai takut Ira nak mengatal dengan orang ni..apa kata biar Ira bagi chance kak Mai pulak yang jaga?''Aku jungkit kening.Saja nak test kakak aku ni sanggup ke tidak.Mahu cari pasal pun agak-agak laa!Amboi Humairah!Yang kamu tu selalu saja mencari pasal dengan kakak kamu tu tak pulak kamu fikir bertempat ke tidak?Suara hati aku dah mula daa..Mulalah nak buat aku rasa bersalah ni.Hiss!!

''Eh apasal aku pulak yang kena jaga!Kau sendiri yang suka cari pasal.Kau jagalah sorang-sorang..''Terus kak Mai masuk bilik lepas tu.

Lega aku lepas kak Mai masuk bilik,asyik nak memekak saja kerjanya!Aku tengok jam di kepala katil,dah jam 11.00 malam daa..'Bapak bayi' ni tak juga sedar-sedar.Langsung tak ada respond sejak petang tadi!Aku tengok mukanya.''Kasihannya bapak bayi ni..''Aku tergelak sendiri.Adakah patut aku gelar dia dengan 'bapak bayi'.Dah melekat pulak nama ni dengan dia.

Nampak gayanya aku kena tidur terduduk laa malam ni..Kak Mai tue bukan boleh kalau nak share katil dengan dia.Bilik aku terpaksa kena bagi tetamu tak diundang ni pulak landing.Tapi takpa laa..Entah dah berapa kali dah aku menguap sedar-sedar aku sudah tertidur di kerusi yang sengaja ku letakkan dekat pintu bilik ku.Takkan aku nak tidur sebilik pulak.Kalau abah tahu mahunya malam ni juga abah panggil tok kadi datang nikahkan aku..



Jam 2.00 pagi..



Sedap-sedap aku tidur tiba-tiba telinga ku menangkap suara halus seperti meracau-racau..Aku yang masih mamai mulanya tidak peduli sangat dengan suara tu..Namun sekali lagi telinga ku menangkap suara yang sama.

''Dah bangun ke mamat ni?''Aku menapak ke dalam bilik..

''Encik..Encik dah sedar ke..''Aku tengok dia masih tak peduli.Pening kepala aku tengok dia asyik mengangkat tangan macam hendak menghalau sesuatu saja lagaknya.Aku yang tengok pun dah naik seram dah.Kena sampuk ke mamat ni dengan 'Hantu sungai' petang tadi?Aku mula membacakan ayat kursi beberapa kali di telinganya.Nasib baik dia tidak lagi meronta-ronta seperti tadi.Lega..

Aku pegang kepalanya.Panasnya!Aku bergegas mencari tuala kecil di laci almari ku.Aku basahkan dengan air suam lepas tu aku letak kat dahi dia pulak.Aku tengok badan dia masih mengigil lagi.Demam dia makin teruk dah aku tengok!Aku cari selimut lebihan untuk panaskan balik badan dia.Lepas aku selimutkan beberapa lapis,mamat tue mula tidur balik.Aku basahkan dan letak balik tuala kecil kat dahi dia.Sepanjang malam aku ulang buat benda yang sama.Nasib baik dah kebah sikit demam dia.

Aku yang kepenatan sepanjang malam menjaga 'bapak bayi' ni terpaksa bersengkang mata takut demam dia makin teruk.Sedar-sedar dah subuh.Itu pun abah yang kejutkan suruh sembahyang subuh.

Selesai menunaikan kewajipan,aku terus menjenguk dia lagi.Sayu hati ku melihat keadaanya.Aku amati wajahnya pula.Hensem juga mamat ni.Walau pun muka dia pucat,tetap tak hilang serinya.Kening yang hitam dan lebat..Bibir dia yang sederhana tebal,seksi gitu.Mata dia..Aku tak tahu kecik ke besar sebab dari semalam dia langsung tak bukak mata.Amboi!!Sempat lagi aku mengatal dengan orang yang tengah sakit ni.Tak boleh pakai betulah aku ni!

Namun tidak dapat aku nafikan,ada debar yang bertandang.Aku pegang dada ku yang sudah berdebar semacam.Aku nie memang dah gila agaknya!Jangan jadi gila Humairah!Entah-entah mamat ni boyfren orang.Tak pun tunang orang..Dan lagi parah suami orang dan bapak orang!Aku cuba menyedarkan diri yang sudah hilang kewarasan sebentar tadi.

***************************************************************************

''Lysa..Lysa..''Aku tersentak!Dia dah mula sedarkan diri ke?Aku berdiri mendekatinya.Dia meracau lagi.Sama macam di rumah ku dua hari lepas.Sekarang dia sudah berada di hospital Lotong untuk menerima rawatan yang sepatutnya.Mujur tiada kecederaan serius selain luka-luka kecil di badannya.Cuma doktor yang merawatnya ada memaklumkan kepada ku tentang kecederaan yang dialami oleh mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan membentuk darah beku di bahagian kepala.Mungkin terhantuk semasa mamat ni kemalangan,tidak pun semasa dia terjatuh dalam sungai hari tu.Darah beku yang ada di kepalanya juga kecil saja.Jadi keadaan ini tidak mengancam nyawa pesakit kata doktor yang merawatnya.Mujurlah..Tapi kemungkinan lain hanya akan dapat dipastikan selepas mangsa sedar dari koma.Itu kata doktor.

Abah awal-awal lagi sudah melaporkan mamat ni kepada pihak polis.Kot-kotlah family dia tengah cari.Kalau jumpa pun taklah keluarga ku dicop penculik nanti.Sempat lagi aku fikirkan kemungkinan yang satu tu.

''Lysa..''Dia macam hendak mencapai sesuatu saja.Macam gaya menghalau angin pun ada.Aku tekan loceng minta doktor datang untuk periksa mamat ni lagi.

''Encik...''Aku goncang bahunya perlahan.Aku terkedu.Dia genggam kuat tangan aku pulak.

''Encik..sabarlah..Kejap lagi doktor sampai..''Aku mula tidak sedap hati.Tapi mujurlah dia sudah kembali tenang.Doktor yang memeriksa keadaannya juga sudah memaklumkan yang keadaannya stabil.Lega aku mendengarnya.Tapi..siapa Lysa?



Akhirnya dengan kuasa Allah mamat ni sedar juga akhirnya.Tapi..

''Awak siapa?''Dia menyoal ku.Memanglah tiada yang peliknya kalau dia langsung tidak mengenali ku.Tapi yang peliknya dia langsung tak ingat apa-apa!Nama sendiri pun dia tidak ingat.Jauh sekali keluarganya.

''Nama saya Humairah.Panggil Ira je..''Aku mengukir senyum.Dia diam saja.Mungkin masih bingung dengan keadaan yang menimpa diri..

''Ira?Awak ni siapa?Apa hubungan kita?Awak ni adik saya ke?''Aku geleng kepala..''Sepupu?''Aku geleng lagi..''Girlfren saya kot?''Mahu aku tak terkejut macam ni.Nak saja aku angguk soalan yang last sekali tu.Tapi macam tidak patut pulak.Mamat ni kan..Tidak padan dengan penyakit hilang ingatan boleh pulak dia menanyakan soalan yang langsung tiada kaitan dengan ku.Dia nie pun satulah..Bagilah aku chance cerita dulu macam mana kami kenal,jumpa ke.Ini tidak,alih-alih terus saja aku diserang bertalu-talu dengan soalan yang langsung tak ada kaitan dengan aku.

''Jadi awak ni siapa?Kalau awak ni langsung tak ada hubungan dengan saya kenapa awak kat sini pulak?''Dia macam tidak puas hati saja.Baru saja aku mahu membuka mulut untuk menjawap abah dah potong line.Tiba-tiba sudah berada di depan mata.

''Anak dah sihat?''Dia diam saja.Mungkin masih keliru.Aku bagi isyarat kat abah untuk keluar.Sempat aku leparkan senyuman manis untuk dia..

''Abah..mamat tu dah hilang ingatan laa..Doktor cakap mungkin sementara..Tak pun jangka panjang.Lagi teruk mungkin langsung tak ingat kot..''Abah sudah sudah garu kepala.

''Habis tu macam mana?''Aku angkat bahu.Aku pun binggung juga.

''Doktor cakap nak hantar kat hospital besar.Kat kampung ni tak boleh nak buat apa-apa.Jadi doktor suruh kita hantar dia pergi buat check-up kat Hospital Queen untuk jumpa pakar abah..''Aku mula tidak sedap hati.Kalau nak hantar mamat tu satu hal.Dia tu dah la hilang ingatan.Keluarga aku pulak bukannya berduit sangat.Pening-pening!

''Habis tu macam mana ni..''Aku jungkit bahu.Aku sendiri buntu!

***************************************************************************

Sudah hampir dua bulan berlalu.Abang Ayie atau Aiman masih juga begitu.Langsung tak ingat siapa-siapa.Langsung tiada khabar berita dari pihak polis tentang keluarganya.Mungkin kalau ada kad pengenalan atau sedikit maklumat tentang dirinya senang sikit pihak polis uruskan.Tapi kami menjumpai abang Ayie pun hanya sehelai sepinggang.Pihak polis membuat rumusan,kemungkinan besar abang Ayie nie dirompak kerana langsung tiada pengenalan diri yang ditemui dengannya.Kalau kemalangan pun langsung tiada berita kemalangan yang dilaporkan.Jadi mungkin dia dipaksa lalu dihumban ke dalam sungai hari tu.Ngerinya..

Sekarang kami hanya bergantung harap kepada maklumat polis untuk membantu abang Ayie mencari keluarganya kembali dengan berbekalkan gambar wajahnya saja.Tapi kalau tiada keluarga yang melaporkan kehilangannya,takkan Abang ayie ni anak yatim pulak?Kalau macam tu kesiannya..

''Iraa...''Abang Ayie yang sedang berenang melambai kepada ku.Bukan berenang.Berendam sebenarnya!Lucu pulak.Teringat namanya yang ku beri sempena 'bapak bayi',aku ubah jadi Ayie.Jadi mula dari saat dia tinggal dengan keluarga ku,kami mengelarkannya Ayie saja.Pernah juga dia tanyakan kenapa aku memberikan nama Ayie kepadanya.Alasannya nama Aiman tu sedap.Jadi dia langsung tidak memprotesnya.Tapi kalaulah suatu hari nanti dia tahu..Hehehe..

Tapi kalau mengikut makna nama tu pun memang padan sangat dengannya.Aiman yang membawa maksub berkat ataupun bertuah.Memang pun abang Ayie sangat bertuah kerana masih hidup walaupun dihanyutkan oleh arus sungai.Jadi aku tetap memilih nama itu untuknya walaupun tujuan asal ku hanya mengubahnya sedikit dari 'bapak bayi' kepada Aiman.

''Ira tak nak berenang ke?Jom laa..''Abang Ayie mendesak lagi.Dia ni kan.Agak-agaklah kalau mahu bawa berenang tue.Berkubang adalah.Setakat air sungai ni budak-budak saja yang boleh berenang.Kalau orang dewasa macam dia tu takat berendam boleh laa..Aku geleng kepala lagi.

Masih teringat bagaimana sukarnya abang Ayie menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling asalnya.Mahu tidak mahu abang Ayie terpaksa juga datang menumpang tempat tinggal di rumah ku.Namun seperti kata abah,kami memang kena tolong dia juga.Takkan hendak dibiarkan begitu saja!Lagi pula pihak polis juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat.Lagipun sepanjang tempoh ini langsung tiada laporan polis yang dibuat oleh kaum keluarganya.Lagipun kalau kes orang hilang ni biasanya keluarga mangsa hanya akan membuat laporan selepas tempoh 24 jam.Tapi jangankan 24 jam,sudah melebihi sebulan pun langsung tiada khabar beritanya.

Melihat keadaan abang Ayie yang gembira,terfikir juga di hati.Dia ni langsung tak trauma ke dengan sungai ni?Sungai yang sama tempat aku menjumpainya.Pernah juga aku ceritakan tentang keadaannya ketika dijumpai.Ingatkan Abang Ayie akan menjauhi sungai.Tup,tup semakin ligat dengan sungai adalah la!Tapi mungkin betul juga seperti alasannya..Kalau dengan berendam dalam sungai ini mampu memulihkan ingatannya,dia tidak kisah.Mungkin dengan cara ini dapat mengembalikan ingatannya suatu hari nanti.Siapa tahukan dengan izin Allah.Tapi kenapa aku tak gembira pulak?

Kak Mai sudah lama pulang ke asrama.Kak Mai memang geliga otaknya.Dapat pulak tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.Aku?Lepas habis SPM dua tahun lepas aku cuma duduk kampung saja.Bukan tiada tawaran yang aku dapat,cuma aku tidak sampai hati hendak meninggalkan ibu dan abah di kampung.Jadi aku di rumah tolong ibu mengemas dan memasak saja.Lain-lain masa aku tolong abah di kebun sayur dan kandang kambingnya.

Sejak abang Ayie ada beban abah juga semakin berkurang.Mujur abang Ayie ringan tulang membantu abah.Lagi membuatkan aku bertambah-tambah sayang.Namun begitu,aku cepat-cepat juga mengubur kembali rasa sayang yang mula mengambil tempat di hati ku.''Lysa..''Tidak sedar mulut ku sudah menyebut sebaris huruf yang pernah meniti di bibir abang Ayie sewaktu dia tidak sedarkan diri lagi.Tapi siapa Lysa?Aku tertanya-tanya lagi..

Dari hari ke sehari aku dan abang Ayie semakin rapat.Malah rasa sayang ku pun sudah membuak-buak lalu melimpah ruah sudah tidak terbendung lagi!Tiap kali aku mengingatkan diri,tiap kali itulah juga rasa sayang itu berdegil,enggan menjauh pergi.Seringkali kak Mai mengingatkan diri tapi seringkali itulah juga aku memekakkan telinga.Aku jadi tidak peduli siapa dia dulu,yang penting ialah masa kini.Bukan masa lalu yang langsung tiada kaitan dengan aku!


''Ingat Ira..Abang Ayie engkau tu cuma singgah sebentar saja.Lepas dia dah sembuh,dia tetap akan tinggalkan tempat ni.Mustahil abang Ayie kau tu tak nak jumpa,tak nak cari keluarga kandung dia..Entah-entah dia tu suami orang dan dah jadi bapak orang pun!Ingat pesan akak ni,suatu hari nanti bila masa tu tiba kamu kena siap sedia.Kamu sepatutnya dapat jangka semua ni akan berlaku suatu hari nanti.Cuma bezanya ialah cepat tau lambat saja.Tapi itulah hakikatnya..Pandai-pandailah kamu lepas ni..''Kata-kata kak Mai memang sangat betul!Seumur hidup aku bersama dengan kak Mai,inilah antara kata-katanya yang paling tak dapat aku lupakan.Selalunya aku masuk telinga kanan.keluar telinga kiri saja.Tapi ayat kak Mai yang ini masuk telinga kanan terus ke otak lalu tersimpan kemas di memori ku pulak.Mahu tak teringat terus!

Tapi aku tetap cuba menidakkan hakikat yang sememangnya betul!Kenapa aku mesti pentingkan diri macam nie?Layanan abang Ayie yang bukan setakat layanan seorang abang kepada adiknya juga tidak salah ku tafsir.Renungannya..Bicaranya.Aduhai..Kadang-kandang aku pulak yang bertindak seperti pelarian.Tapi masakan aku bisa menghindar darinya andai kami hidup sebumbung.Nasib baik tidak sebilik.Hehehe..Kalau abah tahu apa yang ada kat dalam kepala otak aku ni,mahu aku tak kena hempuk dengan abah!

Minggu berganti bulan.Sudah hampir enam bulan abang Ayie tinggal dengan keluarga ku.Tanda-tanda untuk dia ingat kembali kisah lalu belum ada juga.Cuma kadang-kadang abang Ayie cakap dia selalu dapat mimpi yang sama.Ada seseorang yang sering muncul di dalam mimpi-mimpinya dan sering memanggil-manggil dirinya dengan melambai-lambaikan tangannya namun wajahnya tidak jelas terlihat.Pernah juga abang Ayie memaksa diri sehingga mengakibatkan sakit kepala yang serius.Aku jadi takut melihatnya.Sungguh aku tidak sanggup melihat dirinya tersiksa dalam berteka-teki mencari diri yang hilang..

Aku tahu,walaupun Abang Ayie selalu cakap yang dia tak kisah dan sudah dapat menerima kenyataan.Namun jauh di sudut hati aku tahu,dia sebenarnya kisah dengan keadaannya.Siapa yng tidak teringin mengetahui kisah lalunya,keluarganya dan apa yang pernah berlaku dulu.Mungkin benar seperti kata kak Maisarah yang dia sebenarnya sudah berpunya.Mesti keluarganya tengah risau sekarang ini.

Ingin saja aku bertanya,kenalkah dia dengan sebaris nama yang sering meniti di bibirnya dulu?Lysa!Ingatkah dia dengan sebaris nama ini?Namun kesudahannya aku tetap tidak mampu meluahkannya.Entah kenapa aku jadi takut dengan bayang-bayang yang tidak langsung aku kenal.Tapi aku tahu,dari awal lagi aku sudah lama tewas!Tapi kenapa aku masih lagi menaruh harapan yang langsung tidak akan memihak kepada ku?Bodohkan..

Bosan!!Kak Mai masih kat asrama lagi.Jadi aku tiada pilihan lain selain tunggu saja geng aku balik dari kebun.Siapa lagi kalau bukan abang Ayie.hehehe..Ibu pulak dah pergi kat kampung sebelah sebab ada kenduri-kendara yang memerluhkan khidmatnya.Dalam erti kata lain,aku terpaksa jadi penunggu tak bergaji di rumah sorang-sorang lagi.Abah tue bukan suka sangat kalau aku pergi kat kandang kambing dia tue.Boleh saja dia halau aku balik sebab nak aku tunggu di rumah.

Lantas ku sarung selipar menuju ke laman belakang rumah.Saja nak beramah mesra dengan pokok-pokok mangga yang sedang lebat berbuah.Boleh juga dibuat acar nanti.Terbayang mangga muda yang masam lagi sedap mengiurkan,aku percepatkan langkah.Kalah-kalah orang yang mengidam pulak.

Sedang aku leka mengutip buah mangga yang baru saja ku jolok dengan galah.Tidak sedar seseorang sudah mendekati lantas ditekupnya mulut ku dengan telapak tangannya.Aku jadi panik,namun rontaan ku sia-sia saja kerana 'DIA' sememangnya lagi berkudrat berbanding badan ku yang bersaiz kecil saja!Tidak putus-putus aku berdoa agar tidak berlaku sesuatu yang buruk.

Aku cuba melepaskan diri namun aku langsung tiada peluang.'DIA' masih memeluk ku dari belakang.Aku cuba bagi dia back hand pulak tapi sia-sia.Macam 'DIA' tahu-tahu saja apa yang aku nak buat.Aku semakin takut!Wajahnya juga masih tidak kelihatan cuma yang aku boleh rumuskan sekarang,penyerang nie adalah seorang lelaki.Aku mencuba lagi,namun tiba-tiba pandangan ku gelap...



Terasa sakit seluruh tubuh ku.Penat yang amat membuatkan mata ku terkatup kembali.Namun sayup-sayup di telinga ku terdengar suara seseorang sedang menangis.Suara siapa kah itu?Semakin jelas..''Ira..Bangun sayang..''Suara itu..Itu suara ibu..Kenapa ibu menangis?

Aku cuba mengagahkan diri untuk membuka mata..''Ibu..''Dalam kepayahan aku bersuara..

''Ira dah sedar?Alhamdulillah...Bang Ira dah sedar!''Abah,ibu dan abang Ayie sedang memandang ku.Aku semakin hairan..Kenapa nie?Muka macam ada masalah besar saja!

''Kenapa nie ibu..Kenapa ibu nangis?''Aku bertambah-tambah hairan apabila ibu mula memeluk ku sambil teresak-esak.

''Ira..kamu dah lupa ke..Apa yang budak Harun tue buat kat kamu!''Aku jadi keliru.Apa kena-mengena Harun dengan semua nie?Nanti..Aku macam baru teringat apa yang terjadi!Sebelum aku tak sedarkan diri,ada seseorang peluk aku dari belakang lepas tue tutup mulut aku dan lepas tue..Lepas tue aku langsung dah tak ingat apa-apa lagi..Takkan ada benda yang..

''Ibu kenapa dengan Ira bu?Apa kena-nengena Harun dengan semua nie??Takkan dia dah??''Aku sudah menangis teresak-esak.Takkan dia dah berjaya buat sesuatu yang aku tidak terjangka!

''Sabar sayang..Ira..Ira dengar sini.Ira jangan risau,semua dah selamat!Nasib baik abang Ayie kamu sempat selamatkan kamu tadi.Budak Harun tue memang dah melampau!''Lalu ibu pun menceritakan apa yang terjadi.

Mujurlah.Aku betul-betul lega!Lelaki jahanam tue tidak sempat berbuat apa-apa.Mesti korang hairankan apa sebenarnya yang berlaku?Aku pun baru saja tahu.

Semuanya terjawap apabila abang Ayie menceritakan semuanya dari awal.Sewaktu abang Ayie pergi rumah tuk ketua untuk menghantar setandan buah pisang yang dipesan tuk ketua.Abang Ayie terdengar perbualan diantara Mail dan Derus iaitu konco-konconya si Harun.Tidak sedar ada yang memasang telinga dengan perbualan mereka.Mereka terus bercerita mengenai niat tidak baik Harun yang ingin membuat onar dengan menodai ku.Lepas tue dia akan menghebohkan kepada orang kampung yang konon-kononnya aku yang cuba-cuba mengodanya dengan tujuan untuk memalukan keluarga ku pulak.

Aku terkedu!Sampai begitu sekali dendamnya kepada ku!Harun..Harun.Mungkin dia tidak puas hati gara-gara aku belasah dia beberapa bulan lepas.Tapi aku bukannya orang gila yang mahu ikut suka-suka hati mahupun mood untuk membelasah orang.Aku cuma memberi pengajaran kepadanya kerana cubaan yang sama!

Aku masih ingat hari itu.Hari yang berul-betul mencipta sejarah!Sewaktu aku dalam perjalanan untuk pulang ke rumah sekembalinya aku dari rumah Aisyah iaitu teman baik ku yang sedang menyambung pelajaran di UITM Sabah.Ketika itu Aisyah sedang bercuti semester.Jadi dia mengajak aku ke rumahnya.Petang itu sempat aku menangkap kelibat harun di sebalik semak,cuba memaksa seorang budak remaja mengikutnya.Mulanya aku tidak sempat mendengar butir bicaranya.Namun semakin aku dekat semakin kuat remaja itu menangis.

''Tolong bang jangan buat saya begini.Saya tak rela..''Aku dengar Harun hampir bertempik kerana dicabar.Aku jadi tidak sabar.Aku cuba mengekorinya.Mahu aku tak pitam nampak Harun sudah macam dirasuk syaitan tiba-tiba menolak gadis itu sampai terbaring di tanah lalu cuba menghimpit badannya!Gadis itu meronta-ronta lalu meminta tolong.Mustahil bagi orang mendengarnya kerana tempat ini agak jauh dari jalan raya dan.Kebetulan yang amat bertuah,mungkin untuk gadis itu kerana aku mengambil keputusan untuk melalui jalan pintas ini yang lagi dekat dengan rumah Aisyah.

Hampir terbeliak biji mata ku.Gadis itu sudah galak menangis.Sudah terbayang di mata ku kalau aku tidak berbuat sesuatu mungkin semuanya akan terlambat.

Lalu aku menapak dan sempat mencari kayu sebesar lengan untuk sebarang langkah berjaga-jaga.

''Harun!!Lepaskan dia..Kalau tidak tahulah nasib kamu!!'Aku cuba berlagak tenang.Tidak mahu nampak gentar di matanya.Dia terkejut namun tetap berlagak selamba walaupun sudah terang-terang melakukan kesalahan yang sangat serius.

''Bagus,bagus!!Sekali dapat dua terus.Hahaha..''Dia ketawa jahat sekali lagi.Benci betul dengan suaranya yang menjengkelkan telinga ku!Harun sudah berdiri mendapatkan ku.Gadis tadi sudah bangun dan mula melarikan diri.Tinggal aku dan Harun lagi.

''Tak senonoh betul kau nie kan?Anak dara orang kau buat macam tue.Kau tak malu ke?Tuk ketua tue dah la dihormati!Kau pulak kat sini cuba menconteng arang nak buat maksiat pulak.Kau tak takut ke dengan hukuman.Dengan Allah!''Pueiihh!!Aku meludah tanah.Nampak betul-betul macam samseng.

''Dah jadi ustazah pulak!Baguslah.Lagi aku suka,jom sayang kita sambung apa yang dah tergendala tadi.''Dia mendekat.Aku makin genggam erat batang kayu di genggaman ku.Bedebah betul!Beginikah anak seorang yang dihormati?Jauh betul beza antara tuk ketua dengan si bedebah ini!

''Kau jangan cuba-cuba Harun.Aku tak takut dengan kaulah!''Aku sudah bersedia.selangkah lagi aku akan hempuk saja kepalanya.Apa yang jadi,jadilah!Aku tidak akan sesekali menyerah!

Harun buat-buat tidak dengar,dengan pantas dia cuba menangkap tubuh ku.Sempat ku tangkis lalu satu pukulan kena di lengan kanannya.Namun setakat itu dia tetap tidak mengalah.Lalu terjadilah pergelutan antara kami.Kayu di tangan sudah terlepas.Harun tersenyum kemenangan apabila sudah berjaya mematahkan serangan ku.

Humairah,kau tak boleh mengalah saat-saat ini!Dengan keadaan aku terbaring di tindih oleh badan Harun,aku cuba mencari jalan keluar.Lalu lutut ku angkat lalu dengan sekuat tenaga aku bagi celah kangkangnya makan tempurung lutut ku!Di situlah kelemahan semua orang yang bergelar lelaki.

Harun sudah menyeringai kesakitan.Aku terus bangun lepas tue bagi dia tendangan gaya mentadak macam yang aku tengok dalam TV pulak.Hampir saja patah tulang rusuk si Harun tue aku belasah.Bukan sekali malah ada jugalah beberapa kali sampai si Harun tue menyerah kalah.

''Tolong Ira..lepaskanlah aku..aku janji lepas nie aku tak akan buat lagi..''Melihat dia merayu-rayu begitu membuatkan ku jadi was-was!Boleh pakai ke janji dia nie?Mahu saja ku laporkan kepada tuk ketua.

''Kau nie memang jahanam betul!Sanggup kau buat benda macam tue Harun.Aku tak sangka betul!Aku ingat jahat-jahat kau nie tak adalah sampai nak rogol orang!Tapi tadi tue..Aku tak peduli aku tetap nak bagitau tuk ketua jugak!''Aku mula melangkah namun Harun menghalang langkah kaki ku.Sambil bersujud dia merayu lagi.Sampai macam tue sekali!

''Ira..tolong aku Ira..Tolong jangan bagitau bapa aku.Mati aku Ira..Tolong Ira..Aku janji aku tak akan buat lagi!!Aku taubat Ira..''Susah untuk aku pegang kata-katanya...

''Aku tak percaya!Aku kenallah dengan kau nie..Kata-kata kau tue belum tentu satu pun boleh pakai!Kalau kau buat lagi macam mana?Aku pun ikut berdosa tau kalau aku tak bagitau bapa kau.Nanti kalau kau buat lagi..Aku tak sanggup!''Aku sudah nekad.Aku kena pergi juga.

''Ira tolong laa..Bapa aku tue ada sakit jantung.Nanti kalau dia tahu benda nie..Aku tak sanggup Ira..Tolong aku Ira..''Aku tahu tapi takkan aku nak biarkan saja?Namun akhirnya aku tetap beri peluang..Mujurlah lepas tue dia semakin berkelakuan baik.Itu janji dia kepada ku.

Tapi tidak sangka dia pulak merancang sesuatu yang betul-betul aku tidak jangka.Kalau lah aku tahu..Aku takkan sesekali bagi dia pelung macam tue lagi.Nasib baik abang Ayie ada..Kalau tidak..Aku benar-benar bersyukur kepada Allah kerana masih memelihara ku dan dihindarkan dari bala yang besar ini!

***************************************************************************

Petang itu abang Ayie mengajak ku ke sungai lagi.Abang Ayie nie..Suka sangat lepak kat sungai!Tapi kali ini dia tidak mahu mandi katanya.

Batu yang ku kutip sewaktu dalam perjalanan aku lontarkan ke dasar sungai satu-persatu!

''Ira..Abang..''Aku masih tidak memandang wajah tampannya.Entah apalah 'bapak bayi' nie mahu katakan.Aku tergelak,sudah lama aku tidak mengelar abang Ayie dengan gelaran ini.Tapi kalau mahu di ikutkan sama saja bagi ku.

''Apasal gelak pulak nie.Abang ada buat lawak ke?''Aku tersedar dari leka.Lupa seketika yang aku datang berdua dengannya.Aku pandang wajahnya yang gusar..

''Tak adalah..ok cuba cakap benda yang abang nak cakap sangat tue.Ini tidak..dari tadi panggil nama Ira je tapi langsung tak cakap apa pun..''Aku cuba mencungkil rahsia hatinya.Rahsia hati?Ada semacam satu perasaan halus tatkala ini ku rasakan..Mungkinkah abang Ayie ingin meluahkan rasa hatinya dengan ku?Dan harapan ku semakin besar apabila sudah menjurus kepada rasa hati yang sudah agak lama ingin aku kongsi dengannya.Bahagianya..

''Humairah!Jangan sesekali mencuba untuk terbang tinggi,kelak kalau terjatuh kamu juga yang akan merana!''Suara siapakah itu?Ah suara hati ku rupanya.Ya!Aku harus melupakan angan yang indah untuk dibayang namun sukar untuk ditunaikan ini!Aku cuba mengusir rasa cinta yang seharusnya dari dulu mula tertapak di lubuk hati ini.Sepatutnya dari dulu lagi aku seharusnya tidak sesekali mencuba untuk menyimpan walau secubit pun harapan untuk bersama dengannya.Degilnya hati bila sudah sayang!Aku mengutuk hati ku lagi.Namun aku cuba memujuknya kembali,takut kalau-kalau hati ku merajuk lalu terus meluahkan rasa ini.Habislah!

''Ira..abang sebenarnya..''Naik pening aku dibuatnya.Apasal dengan abang Ayie petang nie?Cakap tergagap-gagap.Terputus-putus.Menguji kesabaran betullah!

''Dari tadi asyik panggil nama Ira je tapi haram sepatah pun tak cakap lagi.Apalah abang nie!Cuba cakap apa benda yang penting sangat nie sampaikan abang Ayie gelisah sangat nie?''Aku cuba berlembut.Kot-kotlah dia ada masalah besar yang hendak dikongsikan dengan aku.Segan kot.

Gusar dengan sikap abang Ayie yang gelisah semacam,aku cuba untuk memujuknya lagi..''Abang ada masalah ke?Nak share dengan Ira tak?Cuba cakap dengan Ira,kot-kotlah Ira boleh tolong.Tak dapat tolong pun sekurang-kurangnya boleh juga ringankan beban abang tue..''

''Ok abang cuba..''Dia senyum tapi masih nampak canggung di mata ku.

''Good.Ok cuba cakap dengan Ira..''Dari berdiri,kami duduk pulak di atas batu dekat dengan tebing.Petang nie taklah sunyi sangat.Ramai pun tidak juga cuma ada beberapa orang budak dalam lingkungan lapan atau sepuluh tahun yang tengah sibuk mandi-manda.

Abang Ayie tarik nafas dalam sebelum bersuara.Sebagai seorang pendengar aku akan cuba untuk menjadi pendengar yang terbaik dan tidak akan menggangu konsentrasinya!Cewahh!!

''Harap apa yang abang cakap lepas nie tidak akan sesekali mengecilkan hati Ira,lagi-lagi membuatkan Ira jauh dengan abang.Abang nak Ira janji dulu.''Itu mukadimahnya.Aku telan liur yang terasa kelat.Macam serius saja.Abang Ayie nie kenapa?Takkan dia..

''Abang Ayie nak pergi mana?Kenapa cakap macam tue pulak''Aku jadi cuak plus takut.Takut dia buat keputusan tingalkan kami pulak.Lagi tepat tinggalkan aku!Gaya dia bercakap macam mahu pergi jauh saja..Terasa murah benar airmata ku saat ini.Murah apabila memikirkan kemungkinan yang dia akan pergi jauh dari hidup ku.Aku cuba untuk untuk bertahan.Tidak mahu dia terkesan dengan airmata yang bakal mengalir sebentar lagi.Aku terus palingkan wajah dari menatap seraut wajahnya.

''Bila masa abang nak pergi jauh nie?Abang belum habis lagi laa..''Ok.Pandai-pandai saja aku merumus.Tengok kan dah termalu sendiri!Tapi aku masih blurr.Jadi apa kes?

''Jadi..Tadi tue..?''Abang Ayie kerut dahi.Tiba-tiba dia sudah tergelak-gelak.

''Jadi yang beriya menangis tadi tue ingat abang nak pergi jauh eh?Alala..ciannya dia.Sayang juga Ira dengan abang nie kan.Sampai sanggup nak mengalirkan airmata untuk abang..''Aduh!Malunya..Mahu menyorok di mana aku lepas nie.

''Mana ada..Ada habuk masuk kat dalam mata tadi.''Cewah!Ayat nak cover malu tue.Entah dia percaya ke tidak.Masak,masak!!

''Iya..Meh sini abang nak tengok habuk mana yang berani masuk kat dalam mata Ira nie..''Aku tepis tangannya yang mula nakal mahu membelek wajahku.

Beriya benar abang Ayie ketawakan ku.Entah apa yang lawak aku pun tak faham!Buang tebiat ke dia nie?Ke dah kena sampuk nie?Tadi bukan main murung lagi wajahnya.Aku jadi was-was jadinya.

Selepas seketika barulah dia kembali bersuara.''Ok kalau macam nie barulah abang yakin sikit nak cakap..''Ada senyum yang terukir di wajahnya.Ok,sekarang aku pulak yang keliru.Apa kaitan habuk yang masuk kat dalam mata aku tue dengan keyakinan dia untuk bercakap?Konfius sangat dah aku nie.Pening,pening!!

''Abang sayangkan Ira.''Ringkas dan padat tapi hampir pitam aku mendengarnya!Nak jawap apa nie?Takkan nak jawap tak dengar pulak.Belum tentu dia nak percaya.Nak cakap Ira pun sayang abang juga..Eh gila ke?Malunya..

''Kenapa Ira diam?Tak sudi ke..Atau Ira malu nak jawap ek...''Dia sudah tersenyum meleret..Aduhai malunya aku macam nie..Tak cover langsunglah dia nie!Tak adanya bunga-bunga bahasa langsung!Mahu tak putus tangkai jantung aku terkejut!

''Ira..Ira..''Adehh!Apasal tergagap pulak nie..Tapi betul ke?''Mungkin abang Ayie kau tue dah berpunya..Entah-entah sudah jadi laki orang pun!''Aku telan liur,tergiang-ngiang suara kak Mai mengingatkan diri supaya tidak terus memasang angan andai keadaan abang Ayie yang masih belum sembuh sepenuhnya.Macam mana kalau suatu hari nanti bila dia sudah ingat segalanya tiba-tiba dia tinggalkan aku?

''Atau Ira memang tak sayangkan abang pun..''Ada nada sayu pada suaranya.Aku jadi tidak sampai hati..

''Bukan macam tue..Tapi..''Cepat sah aku jawap takut dia merajuk pulak.Aku cuba mencari ayat yang sesuai.

''Jadi sayang jugak laa..''Abang Ayie sudah gelak sakan.Dia nie kan..Tapi aku senang tengok dia gembira macam tue.

''Sayang tue..memanglah sayang..Tapi Ira takut..''Aku luahkan juga rasa tidak senang yang mula mengacau persaan ku tika ini.Aku betul-betul tidak boleh tidak memikirkannya.Kemungkinan ini tetap akan berlaku.Kalau suatu hari nanti hati ini akan di uji macam mana?Sanggupkah aku?

''Ira,abang faham..Abang pun takut juga jika suatu hari nanti bila semuanya sudah jelas..Tapi abang tetap juga nak bersama denga Ira..Lepas peristiwa hari tue abang betul-betul tak nak sesuatu jadi kat Ira.Ira faham tak?Sebab tue abang nak jaga Ira.Abang tak nak benda yang sama berulang lagi.Nasib baik masa tue abang sempat tau tak.Kalau tak sempat macam mana?Abang tak sanggup Ira..''Abang Ayie meraup wajahnya.Aku terkedu.Begitu sekali rasa sayangnya kepada Aku jadi terharu dengan kata-katanya.

Bukan mudah aku untuk membuat keputusan ini namun demi rasa sayang itu aku terus mengangguk mengiyakan rasa hati ku.Maka tiada lagi keraguan antara aku dan dia.Abah dan ibu juga merestui.Namun ada syaratnya.

**************************************************************************

Sampai saja di halaman rumah rumah aku jadi tertanya-tanya..Siapakah gerangan tetamu yang datang bertandang ke teratak usang abah ini?

Aku terus mendapatkan ibu,menyalami tangannya.Ibu mengarah ku menyalami tetamu yang ada pulak.Aku jadi tertanya-tanya.Namun belum sempat semua itu terhurai,abah yang sedang berjalan beriringan dengan abang Ayie lebih menarik perhatian tetamu ibu masa ini.

''Haikal anak mama..''Wanita anggun yang mengenakan busana mewah itu terus berlari ke arah abang Ayie.Terjawaplah sudah persoalan di benak ku saat ini.

Abang Ayie pulak tercenggang-cenggang saja.Keliru mungkin.Seorang lelaki sebaya abah juga turut melangkah mendapatkan Abang Ayie.Sebenarnya abang Haikal!Baru kini ku tahu namanya Haikal!Sedap nama tue.Lagi sedap dari nama yang aku berikan.



Aku hanya berdiri di tepi tingkap bilik sahaja.Ibu dan abah yang seolah-olah memahami situasi itu turut menapak ke dalam rumah juga.Terasa pautan lembut di bahu ku.Kak Mai terus saja mengusap bahu ku tanda untuk menenangkan sekeping hati yang gusar.

Abang Haikal..Tentulah sedang bersembang dengan keluarganya.Mungkin banyak yang ingin dibualkan saat ini.

''Dari awal lagi akak dah ingatkan..Patutnya Ira dah sedia dengan semua ini..Kalau ada jodoh korang,kemana pun abang Ayie kau tue pergi,andai sudah jodoh memang tak kemana juga..''Aku terus memeluk bahu kak Mai yang menjadi musuh tradisi dan merangkak kawan karib ku saat ini.Aku sudah tidak dapat bertahan.Mungkin inilah balasannya.Kalau dari awal aku dapat mengawal rasa hati ini,mungkin aku tidak akan penasaran seperti sekarang ini.

''Sabar Ira..Relakan bapak bayi kau tue pergi.Dah dewasa dah pun.Bukannya bayi pun si Ayie tue.Dah besar panjang daa.Nak jadi datuk bayi pun layak daa..''Aku tertawa juga mendengar kata-kata kak Mai yang akhir tue.

''Kak Mai..kalaulah dia tahu yang nama Ayie tue orang ambil dari mana..Mesti dia mengamuk kan?''Kami bantai gelak lagi.Saat ini aku jadi semakin lega.Hati pun sudah semakin rela dengan perpisahan yang bakal menyusul sebentar lagi.

''Abang Ayie..Opss!!Abang Haikal..Balik la bang..Mungkin Lysa pun dah rindu sangat hendak menatap buah hati kesayangnya..''Namun kata-kata itu hanya mampu ku lahirkan dari hati saja.Untuk mengucapkannya jauh sekali!

''Ira..abang Ayie kamu nak cakap dengan kamu sebentar..''Ibu yang muncul di muka pintu bilik ku memaklumkan.Aku jadi berdebar.Terasa kaku tubuh untuk melangkah saat perpisahan semakin kejap menghampiri..

''Cepat Ira..Kejap lagi dia nak balik daa..''Ada nada sayu kedengaran pada suara ibu..

Kak Mai angguk tanda setuju.Sejak bila aku kena minta pendapat kakak aku nie pun aku tak tahu.Macam buang tebiat saja aku nie.Tapi aku melangkah juga.

''Ira..''Abang Ayie..Bukan..Abang Haikal sudah menunggu ku di bawa pokok mangga tempat kami selalu melepak.Aku melabuhkan punggung duduk di bangku bulat dari batang pokok kelapa.

''Iya abang Haikal..''Perit tekak ku memanggil nama yang sangat asing dari ku.Mungkinkah 'Lysa' juga memanggilnya dengan panggilan yang sama?Lagi lunak dari ku?BODOH!Sekali lagi aku mengutuk diri kerana memikirkan hal yang tidak-tidak sahaja!

''Ira..Kenapa panggil nama abang macam tue..Biar pun abang dah tahu nama abang..Tapi abang tetap nak Ira panggil abang dengan nama 'Ayie' sampai bila-bila!!''Ada nada tegas pada kata-katanya.

''Tak ada bezanya bang..Dah nama abang..Patutnya abang bersyukur sebab nama tue ibu bapa abang yang pilihkan.Nama yang dipilih berdasarkan makna dan itu menandakan ada ikatan kasih yang sangat suci yang terjalin antara ibu dan bapa abang..''Abang Haikal diam tak terkata.

''Abang..Ira doakan perjalanan hidup abang selepas nie lancar saja..InsyaAllah..Jaga diri baik-baik bang,kalau ada umur yang panjang nanti kita jumpa lagi..''Aku mengukir senyum..

''Gaya bercakap macam tak nak dah jumpa abang saja..''Abang Haikal merenung ku tajam.

''Tak ada laa..Iyalah lepas nie abang bukan selalu pun dapat balik kat sini..Kan abang dah jumpa dengan keluarga abang..Maksud Ira..Kalau ada masa lapang jenguk-jenguklah kami kat sini..''Aku cuba menyembunyikan rasa sedih dengan berlagak ceria di depan matanya.

''Memang laa..Biarpun abang dah jumpa balik dengan kelaurga kandung abang,kelurga dan Ira tetap keutamaan abang..Tetap dalam hati abang tau...''Bunyinya tegas saja tapi ayat yang akhir tue macam manja saja bunyinya.Renungan juga seperti memohon pergertian saja.Aku jadi malu untuk terus menatap wajah tampan itu

''Apa-apa pun Ira doakan abang selalu gembira..''Itu saja yang mampu aku ucapkan saat ini.

''Abang..''Hon sudah dibunyikan.Petanda abang Haikal akan pergi meninggalkan kami.Betul seperti kata kak Mai,seperti angin lalu dia datang dalam sekelip mata dalam hidup ku..Dalam sekelip mata itulah juga dia akan dibawa berlalu dari hidup ku..

''Ira..abang dah tak ada masa..Tapi Ira kena janji dengan abang tau..Ira kena jaga diri dan keluarga Ira baik-baik..Ira tunggu sampai abang pulang tau..Abang pergi dulu..''Selepas bersalaman dengan semua,abang Haikal terus masuk ke perut kereta tampa menoleh kepada ku lagi..

Seperti kereta mewah yang bergerak membawa abang Haikal pergi..Hati ku turut pergi bersamanya..

''Abang..Ira sentiasa berdoa semoga abang bahagia.Walaupun jodoh abang bukan dengan Ira..Ira juga tetap akan mendoakan supaya abang akan selalu bahagia di sisi insan yang abang cintai..''

''Pergilah sayang..Andai ada jodoh antara kita,InsyaAllah..Jodoh itu akan tetap menjadi milik kita.Namun andai tiada jodoh di antara kita..Ira tak akan sesekali kesal dengan pertemuan ini.Bukan masa yang mengukur,bukan detik yang dihitung untuk menetukan rasa cinta di hati,namun kerana pertemuan ini walaupun singkat..Kemanisannya tetap ada,tidak akan pudar dan tidak juga sirna..Tetapi rasa ini juga akan tetap kekal,tetap meninggalkan kesan yang indah di dalam hidup Ira..''



~Cinta tak semestinya bersatu.Andai sudah jodoh.walau ke hujung dunia sekali pun kita tetap akan bertemu.Cuma masa yang akan menentukan..~

6 comments:

  1. Eisya Kyra..thanks sbb sudi singgah baca n komen huhu..citer nie kk mmg nak buat smbungannya..Doa2 lah yea..huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha, citer ni, menarik, lawak semua ada... best la. caiyok penulis... teruskan usaha... best... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Dini..thanks sbb sudi singgah baca dan komen..
      jemput baca cerpen lain pula..hehe..anyway..thanks yaa..

      Delete